Friday, 17 October 2014

Perbezaan Penulisan Kreatif dan Penulisan Ilmiah

PENULISAN KREATIF :

o   Penulisan kreatif secara umum ialah pengolahan dan penghasilan karangan, ciptaan, karya, atau cerita seperti novel, cerpen, drama dan puisi.
o   Penulisan kreatif dan kreativiti berfikir ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sedia ada kepada situasi lain .
o   Pakar ilmu psikologi mengaku bahawa terdapat dua cara berfikir iaitu berfikir secara analitikal-logikal dan secara kreatif.
o   Analitikal-logikal menjurus kepada reaksi atau tindak balas yang dikehendaki oleh pihak pencabar .
o   Cara berfikir kreatif amat mengutamakan daya imaginasi dan kecergasan akal .
o   Penulisan kreatif terbahagi kepada dua bentuk iaitu prosa dan puisi .
o   Karya prosa ialah bentuk tulisan karangan biasa yang mengandungi jalan fikiran pengarang .
o   Tiada pola rima dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk tertentu ( seperti pantun dan syair ) .
o   Penglahiran idea dalam prosa lazimnya berbentuk seperti eksplisit secara naratif atau deskritif ataupun keduanya sekali .
o   Karya puisi pula adalah dari jalinan fikiran pengarang yang digubah dengan bahasa yang indah , berirama dengan bentuk-bentuk yang terdiri dan bahasanya tidak terikat dengan tatabahasa .
o   Puisi ini dicipta untuk meluahkan perasaan atau maklumat tertentu . Contoh karya puisi ialah pantun , syair , gurindam , seloka , bahasa berirama dan sajak .


PENULISAN ILMIAH :
o   Penulisan ilmiah merujuk penulisan berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik .
o   Metodologi saintifik ialah berdekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui beberapa langkah seperti :
Ø Perumusan masalah
Ø Pembentukan hipotesis
Ø Diduksi hipotesis
Ø Pengujian kebenaran
o   Bahasa penulisan ilmiah biasanya memilih kata, istilah , ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna lain.
o   Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat.
o   Jenis-jenis penulisan ilmiah:
Ø Esei ilmiah
Ø Kertas Kerja
Ø Laporan kajian
Ø Tesis
Ø Disertasi

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
    Get directions, reviews and information for Borgata Hotel Casino 태백 출장안마 & Spa 경기도 출장마사지 in 광양 출장안마 Atlantic City, NJ. Address: 3149 대구광역 출장샵 Borgata Way, Atlantic 광주 출장샵 City, NJ 08401.

    ReplyDelete