ALAT MUZIK TRADISIONAL
- DHOLAK
- SERULING
- TABLA
- KOMPANG
- GAMBUS
- REBANA
- ERH HU
- VEENA
- PIPA
1. DHOLAK
Ø Sebuah alat muzik klasik india utara (Hindustan) menggunakan tangan dan mudah dipikul oleh pemainnya. Muzik yang dihasilkan berasal daripada hasil pukulan tangan ke atas permukaanyang diperbuat daripada kulit haiwan.
2. SERULING
Ø Di negara cina seruling merupakan jenis alat yang paling popular. Ia dinamakan Jhudi disebabkan diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai 8 lubang .Alat ini disertakan budaya muzik orkestra Cina dan dibawak masuk oleh imigran dari Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.
3. TABLA
Ø Sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat India. Ia berasal dari gendang Mridangam. Ia juga mempunyai sepasang Sidda (gendang kecil ) dan Dangga (gendang besar) ia ada satu muka masing-masing.
4. KOMPANG
Ø Dalam kalangan masyarakat Melayu terkenal pelbagai jenis alat muzik. Alat muzik tradisional paling popular dalam kalangan masyarakat melayu ialah kompang.Ia diperbuat daripada kulit kambing dan seurat rotan akan dililit dari bahagian belakang antara kulit & bingkai kayu bagi menegangkan permukaan kompang dan menguatkan bunyi kompang.
5. GAMBUS
Ø Alat muzik tradisi dari Timur Tengah dan mempunyai 12 tangsi. Badannya membujur seakan akan bulat labu air dan belakangnya melengkung. Cara dipetik sama seperti bermain gitar. Gambus digunakan dalam permainan Ghazal dan Zapin.
6. REBANA
Ø Sejenis alat muzik tradisional sering dimainkan dengan mengiringi lagu-lagu budaya. Rebana sangat popular dalam kalangan masyarakat melayu di negeri Pahang terutamanya penduduk di sekitar Sungai Pahang.
7. ERH HU
Ø Erh Hu adalah muzik yang bertali jenis LUTE diperbuat daripada 3 saiz : saiz kecil , sedang dan besar. Alat ini digunakan untuk hiburan dan dalam orkestra untuk mengiringi Opera Cina.
8. VEENA
Ø Alat muzik ini mempunyai Empat tali untuk melodi dan Tiga tali untuk dengung. Badannya diperbuat daripada kayu. Dadanya bulat dan belakangnya cembung.
9. PIPA
Ø Alat muzik yang bertali dan mempunyai 4 tali logam. Badannya diperbuat daripada kayu. Dadanya buladan belakangnya cembung tetapi permukaan dadanya mendatar. Pipa digunakan dalam orkestra untuk menigiringi Opera Cina dan alat solo bagi mengiringi nyanyian.
GAMBAR ALAT MUZIK TRADISIONAL
1. DHOLAK
2. SERULING

3. TABLA
4. KOMPANG

5. GAMBUS
6. REBANA
7. ERH HU
8. VEENA
9. PIPA
No comments:
Post a Comment