Tuesday, 14 October 2014

                 PENGALAMAN BERAYA DI DALAM KAPAL TERBANG

  Di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan yang akan disambut seperti raya adiladha dan aidilfitri akan di sambut oleh bangsa melayu.Manakala Depavali akan di sambut oleh bangsa india dan Tahun Baru Cina akan di sambut oleh bangsa cina.Bagaimanakah perasaan anda ketika anda berada berjauhan bersama ahli keluarga  ketika anda akan menyambut hari raya tidak lama lagi?Kita haruslah tingkatkan iltizam untuk menyampai sesuatu kejayaan.Bak kata perpatah kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya dari semangat yang tidak mengalah.

  Pada tahun 2011,aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara,di Univercity Of Oxford,London.Setelah beberapa tahun melanjutkan pelajaran aku tidak mempunyai kesempatan untuk pulang ke Malaysia untuk menyambut perayaan bersama ahli keluarga.Di Oxford aku berusaha mencari duit lebih untuk membeli tiket kapal terbang,baju raya dan untuk memberi duit raya kepda sanak saudara.Pada suatu hari aku ke lapangan terbang untuk beli tiket pulang k Malaysia.Sangat menduka citakan kerana tiket ke Malaysia sudah habis di jual.

  Dua hari sebelum raya,ada seorang lelaki yang berumur datang kepadaku dan ia ingin menjual sekeping tiket pulang ke Malaysia.Pada keesokkan hari,aku ke lapangan terbang untuk pulang k Malaysia tetapi banyak dugaan yang telah aku alami.Aku tertinggal passport di rumah sewaku,dalam perjalanan aku ke lapangan terbang aku telah dirompak oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali,aku juga kehilangan telefon bimbit.Aku harus cepat kerana aku hanya mempunyai tiga jam setengah untuk sampai di lapangan terbang.

  Setelah aku sampai di lapangan terbang,aku dapati lapangan terbang terlalu sesak di penuhi oleh orang ramai untuk pulang ke negara masing-masing.Aku juga ditahan oleh beberapa orang polis untuk membuat pemeriksaan untuk memastikan aku tidak membawa barang yang di larang.Setelah aku di lepaskan,aku terus bergegas untuk masuk ke dalam kapal terbang dan mengambil tempat duduk yang telah ditetapkan.Beberapa minit kemudian,ada sekumpulan orang kulit hitam duduk dihadapan dan dibelakang aku.

   Aku dikacau oleh beberapa orang berkulit hitam,kini ketakutanku kian bertambah,pada masa yang sama,terdapat beberapa orang senegaraku,tetapi malangnya aku tidak mengenali seorang pun dalam kapal terbang itu.aku ingin menegur rakan senegaraku tetapi aku  segan dan takut kerana aku dapati mereka tidak bertegur sapa..

   Tidak lama kemudian aku tertidur  dan aku mendapat mimpi yang kapal terbang yang aku naiki akan terhempas tidak lama lagi.Setelah aku mendapat mimpi sebegitu aku tersedar dari tidur dan aku dapati,kapal terbang yang aku naiki telah hilang kawalan ,pada masa yang sama terdengar bunyi juruterbang menyuruh kami duduk di tempat masing masing dan pramugari memeriksa samaada kami memakai tali pinggang keselamatan. Sehubungan dengan itu, keadaan dalam kapal terbang itu menjadi huru-hara kedengaran juga bunyi kanak-kanak menangis aku berdoa agar sempat sampai di malaysia dalam pada masa yang sama aku teringat bila aku berbuka puasa bersama ahli kerluarga di kampung,terawih bersama ahli keluarga di masjid berdekatan dengan rumah . aku juga rindukan suasana bersama keluarga pada malam raya. Tiba-tiba aku terfikir yang perkara buruk akan terjadi tak lama lagi. Aku teruskan berdoa agar aku kuatkan semangat supaya aku tidak menitiskan air mata.

    Setelah aku menenangkan fikiran , tidak lama kemudian aku terdengar satu pengumuman yang di sampaikan oleh juruterbang bahawa kapal terbang ini akan mendarat di lapangan terbang antara bangsa, Kuala Lumpur 2. Semasa hendak mendarat kapal terbang menjadi tidak stabil tetapi juruterbang dapat mengawal keadaan dengan sistematik dan kami selamat mendarat pada malam raya. Apabila aku turun dari kapal terbang aku dapati beberapa buah ambulan dan beberapa buah kenderaan bomba. Setelah aku sampai di kawasan mendarat aku dapati ahli keluarga telah menunggu kepulangan ku . Akhirnya , aku dapat merasa suasana hari raya setelah sekian lama aku bersendirian di negara orang.
  

No comments:

Post a Comment