Friday, 17 October 2014

Perbezaan Penulisan Kreatif dan Penulisan Ilmiah

PENULISAN KREATIF :

o   Penulisan kreatif secara umum ialah pengolahan dan penghasilan karangan, ciptaan, karya, atau cerita seperti novel, cerpen, drama dan puisi.
o   Penulisan kreatif dan kreativiti berfikir ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sedia ada kepada situasi lain .
o   Pakar ilmu psikologi mengaku bahawa terdapat dua cara berfikir iaitu berfikir secara analitikal-logikal dan secara kreatif.
o   Analitikal-logikal menjurus kepada reaksi atau tindak balas yang dikehendaki oleh pihak pencabar .
o   Cara berfikir kreatif amat mengutamakan daya imaginasi dan kecergasan akal .
o   Penulisan kreatif terbahagi kepada dua bentuk iaitu prosa dan puisi .
o   Karya prosa ialah bentuk tulisan karangan biasa yang mengandungi jalan fikiran pengarang .
o   Tiada pola rima dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk tertentu ( seperti pantun dan syair ) .
o   Penglahiran idea dalam prosa lazimnya berbentuk seperti eksplisit secara naratif atau deskritif ataupun keduanya sekali .
o   Karya puisi pula adalah dari jalinan fikiran pengarang yang digubah dengan bahasa yang indah , berirama dengan bentuk-bentuk yang terdiri dan bahasanya tidak terikat dengan tatabahasa .
o   Puisi ini dicipta untuk meluahkan perasaan atau maklumat tertentu . Contoh karya puisi ialah pantun , syair , gurindam , seloka , bahasa berirama dan sajak .


PENULISAN ILMIAH :
o   Penulisan ilmiah merujuk penulisan berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik .
o   Metodologi saintifik ialah berdekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui beberapa langkah seperti :
Ø Perumusan masalah
Ø Pembentukan hipotesis
Ø Diduksi hipotesis
Ø Pengujian kebenaran
o   Bahasa penulisan ilmiah biasanya memilih kata, istilah , ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna lain.
o   Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat.
o   Jenis-jenis penulisan ilmiah:
Ø Esei ilmiah
Ø Kertas Kerja
Ø Laporan kajian
Ø Tesis
Ø Disertasi

Pantun Nasihat

PANTUN NASIHAT

l  Basuh baju di hujung tanjung ,
   Baju dibasuh dengan air sungai ;
   Hidup ini janganlah suka disanjung ,
   Moga kelak tidak buruk perangai.

l  Budak-budak bermain-main ,
   Bermain-main ditepi titi ;
   Hormatlah orang lain ,
   Agar diri dihormati.

l  Raja memegang takhta ,
   Kerabatnya memang kaya ;
   Belajarlah mengejar cita-cita ,
   Agar menjadi seorang yang berjaya.

l  Baju biru baju merah ,
   Baju merah berwarna-warni ,
   Janganlah cepat marah ;
   Agar hidup sentiasa murni.

l  Ahmad menunggang kuda ,
   Kuda ditunggang laju sekali ;
   Buat baik berpada-pada ,
   Buat jahat jangan sekali.



Thursday, 16 October 2014

MUZIK



ALAT MUZIK TRADISIONAL


  •  DHOLAK
  • SERULING 
  • TABLA
  • KOMPANG
  • GAMBUS
  • REBANA
  • ERH HU
  • VEENA
  • PIPA






 1. DHOLAK
Ø Sebuah alat muzik klasik india utara (Hindustan) menggunakan tangan dan mudah                                   dipikul oleh pemainnya. Muzik yang dihasilkan berasal daripada hasil pukulan tangan ke atas permukaanyang diperbuat daripada kulit haiwan.

2. SERULING
Ø Di negara cina seruling merupakan jenis alat yang paling popular. Ia dinamakan Jhudi disebabkan diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai 8 lubang .Alat ini disertakan budaya muzik orkestra Cina dan dibawak masuk oleh imigran dari Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka. 

3. TABLA
Ø Sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat India. Ia berasal dari gendang Mridangam. Ia juga mempunyai sepasang Sidda (gendang kecil ) dan Dangga (gendang besar) ia ada satu muka masing-masing.

4. KOMPANG
Ø Dalam kalangan masyarakat Melayu terkenal pelbagai jenis alat muzik. Alat muzik tradisional paling popular dalam kalangan masyarakat melayu ialah kompang.Ia diperbuat daripada kulit kambing dan seurat rotan akan dililit dari bahagian belakang antara kulit & bingkai kayu bagi menegangkan permukaan kompang dan menguatkan bunyi kompang.

5. GAMBUS
Ø Alat muzik tradisi dari Timur Tengah dan mempunyai 12 tangsi. Badannya membujur seakan akan bulat labu air dan belakangnya melengkung. Cara dipetik sama seperti bermain gitar. Gambus digunakan dalam permainan Ghazal dan Zapin.

6. REBANA
Ø Sejenis alat muzik tradisional sering dimainkan dengan mengiringi lagu-lagu budaya. Rebana sangat popular dalam kalangan masyarakat melayu di negeri Pahang terutamanya penduduk di sekitar Sungai Pahang.

7. ERH HU
Ø Erh Hu adalah muzik yang bertali jenis LUTE diperbuat daripada 3 saiz : saiz kecil , sedang dan besar. Alat ini digunakan untuk hiburan dan dalam orkestra untuk mengiringi Opera Cina.

8. VEENA
Ø Alat muzik ini mempunyai Empat tali untuk melodi dan Tiga tali untuk dengung. Badannya diperbuat daripada kayu. Dadanya bulat dan belakangnya cembung.

9. PIPA
Ø Alat muzik yang bertali dan mempunyai 4 tali logam. Badannya diperbuat daripada kayu. Dadanya buladan belakangnya cembung tetapi permukaan dadanya mendatar. Pipa digunakan dalam orkestra untuk menigiringi Opera Cina dan alat solo bagi mengiringi nyanyian.  



GAMBAR ALAT MUZIK TRADISIONAL

  
1. DHOLAK

 

2. SERULING











3. TABLA














4. KOMPANG


5. GAMBUS





 6. REBANA












7ERH HU




8. VEENA














9. PIPA













Tuesday, 14 October 2014

                                        GAYA HIDUP SIHAT SECARA ISLAM


Hidup yang sihat adalah salah satu yang di ingin setiap manusia.Ada perpatah penah mengatakan bahawa 'kesihatan itu mahal'.Nikmat sihat adalah yang harus disyukuri . Ada sesetengah orang di luar sana yang kurang dengan kesihatan,dan pada yang sama ad juga orang yang sihat kerana mensyukuri nikmat Allah di dunia ini.

 Rasulullah adalah seorang teladan yang patut kita contohi,bukannya dari segikekayaan dan harta yang merlimpah. Seorang pemimpin yang berhasil perlu tahu tentang pola hidup yang sihat . Beberapa cara yang dilakaukan rasulullah terbukti secara ilmiah merupakan cara hidup sihat yang kini sedang diagung -agungkan masyarakat moden zaman sekarang.

  Rasulullah tidak makan sebelum lapar dan tidak berlebihan dalam makanan. Hal ini terbukti menyihatkan secara ilmiah. Rasulullah duduk ketika minum, ketika berase haus, rasulullah biasa meminum air dengan duduk terlebih dahulu . Dengan kaedah ini terbukti menyihatkan secara ilmiah .Rasulllah makan dengan tangan kanan. makan dengan tangan kanan bukan hanya sekadar tradisi tetapi juga dapat menelitikan salah satu gaya hidup yang sihat .Ketika makan menggunakan tangan kanan maka otak yang aktif adalah otak kiri kerana ia selalu teratur dan berfikir. Manakala ketika makan menggunakan tangan kiri maka otak kanan memiliki sifat imaginasi dan acak.

  Rasullullah S.A.W cepat tidur dan cepat bangun jika sedar waktunya tidur,maka rasulullah s.a.w akan cepat tidur.tidur yang tepat adalah dimana malam hari kira -kira elibatkan seusai istirehat setelah solat ishak . rasulullah sering berpuasa , menurut sebuah pernelitian berpuasa adalah menahan diri daripada lapar . Ini merupakan cara sihat yang belum diketahui oleh orang zaman sekarang.







                 PENGALAMAN BERAYA DI DALAM KAPAL TERBANG

  Di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan yang akan disambut seperti raya adiladha dan aidilfitri akan di sambut oleh bangsa melayu.Manakala Depavali akan di sambut oleh bangsa india dan Tahun Baru Cina akan di sambut oleh bangsa cina.Bagaimanakah perasaan anda ketika anda berada berjauhan bersama ahli keluarga  ketika anda akan menyambut hari raya tidak lama lagi?Kita haruslah tingkatkan iltizam untuk menyampai sesuatu kejayaan.Bak kata perpatah kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya dari semangat yang tidak mengalah.

  Pada tahun 2011,aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara,di Univercity Of Oxford,London.Setelah beberapa tahun melanjutkan pelajaran aku tidak mempunyai kesempatan untuk pulang ke Malaysia untuk menyambut perayaan bersama ahli keluarga.Di Oxford aku berusaha mencari duit lebih untuk membeli tiket kapal terbang,baju raya dan untuk memberi duit raya kepda sanak saudara.Pada suatu hari aku ke lapangan terbang untuk beli tiket pulang k Malaysia.Sangat menduka citakan kerana tiket ke Malaysia sudah habis di jual.

  Dua hari sebelum raya,ada seorang lelaki yang berumur datang kepadaku dan ia ingin menjual sekeping tiket pulang ke Malaysia.Pada keesokkan hari,aku ke lapangan terbang untuk pulang k Malaysia tetapi banyak dugaan yang telah aku alami.Aku tertinggal passport di rumah sewaku,dalam perjalanan aku ke lapangan terbang aku telah dirompak oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali,aku juga kehilangan telefon bimbit.Aku harus cepat kerana aku hanya mempunyai tiga jam setengah untuk sampai di lapangan terbang.

  Setelah aku sampai di lapangan terbang,aku dapati lapangan terbang terlalu sesak di penuhi oleh orang ramai untuk pulang ke negara masing-masing.Aku juga ditahan oleh beberapa orang polis untuk membuat pemeriksaan untuk memastikan aku tidak membawa barang yang di larang.Setelah aku di lepaskan,aku terus bergegas untuk masuk ke dalam kapal terbang dan mengambil tempat duduk yang telah ditetapkan.Beberapa minit kemudian,ada sekumpulan orang kulit hitam duduk dihadapan dan dibelakang aku.

   Aku dikacau oleh beberapa orang berkulit hitam,kini ketakutanku kian bertambah,pada masa yang sama,terdapat beberapa orang senegaraku,tetapi malangnya aku tidak mengenali seorang pun dalam kapal terbang itu.aku ingin menegur rakan senegaraku tetapi aku  segan dan takut kerana aku dapati mereka tidak bertegur sapa..

   Tidak lama kemudian aku tertidur  dan aku mendapat mimpi yang kapal terbang yang aku naiki akan terhempas tidak lama lagi.Setelah aku mendapat mimpi sebegitu aku tersedar dari tidur dan aku dapati,kapal terbang yang aku naiki telah hilang kawalan ,pada masa yang sama terdengar bunyi juruterbang menyuruh kami duduk di tempat masing masing dan pramugari memeriksa samaada kami memakai tali pinggang keselamatan. Sehubungan dengan itu, keadaan dalam kapal terbang itu menjadi huru-hara kedengaran juga bunyi kanak-kanak menangis aku berdoa agar sempat sampai di malaysia dalam pada masa yang sama aku teringat bila aku berbuka puasa bersama ahli kerluarga di kampung,terawih bersama ahli keluarga di masjid berdekatan dengan rumah . aku juga rindukan suasana bersama keluarga pada malam raya. Tiba-tiba aku terfikir yang perkara buruk akan terjadi tak lama lagi. Aku teruskan berdoa agar aku kuatkan semangat supaya aku tidak menitiskan air mata.

    Setelah aku menenangkan fikiran , tidak lama kemudian aku terdengar satu pengumuman yang di sampaikan oleh juruterbang bahawa kapal terbang ini akan mendarat di lapangan terbang antara bangsa, Kuala Lumpur 2. Semasa hendak mendarat kapal terbang menjadi tidak stabil tetapi juruterbang dapat mengawal keadaan dengan sistematik dan kami selamat mendarat pada malam raya. Apabila aku turun dari kapal terbang aku dapati beberapa buah ambulan dan beberapa buah kenderaan bomba. Setelah aku sampai di kawasan mendarat aku dapati ahli keluarga telah menunggu kepulangan ku . Akhirnya , aku dapat merasa suasana hari raya setelah sekian lama aku bersendirian di negara orang.