PENULISAN KREATIF :
o
Penulisan kreatif
secara umum ialah pengolahan dan penghasilan karangan, ciptaan, karya, atau
cerita seperti novel, cerpen, drama dan puisi.
o
Penulisan kreatif dan
kreativiti berfikir ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sedia ada kepada
situasi lain .
o
Pakar ilmu psikologi
mengaku bahawa terdapat dua cara berfikir iaitu berfikir secara
analitikal-logikal dan secara kreatif.
o
Analitikal-logikal
menjurus kepada reaksi atau tindak balas yang dikehendaki oleh pihak pencabar .
o
Cara berfikir kreatif
amat mengutamakan daya imaginasi dan kecergasan akal .
o
Penulisan kreatif
terbahagi kepada dua bentuk iaitu prosa dan puisi .
o
Karya prosa ialah
bentuk tulisan karangan biasa yang mengandungi jalan fikiran pengarang .
o
Tiada pola rima dan
tidak terikat dengan bentuk-bentuk tertentu ( seperti pantun dan syair ) .
o
Penglahiran idea dalam
prosa lazimnya berbentuk seperti eksplisit secara naratif atau deskritif
ataupun keduanya sekali .
o
Karya puisi pula adalah
dari jalinan fikiran pengarang yang digubah dengan bahasa yang indah , berirama
dengan bentuk-bentuk yang terdiri dan bahasanya tidak terikat dengan tatabahasa
.
o
Puisi ini dicipta untuk
meluahkan perasaan atau maklumat tertentu . Contoh karya puisi ialah pantun ,
syair , gurindam , seloka , bahasa berirama dan sajak .
PENULISAN ILMIAH :
o
Penulisan ilmiah
merujuk penulisan berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik .
o
Metodologi saintifik
ialah berdekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui
beberapa langkah seperti :
Ø Perumusan masalah
Ø Pembentukan hipotesis
Ø Diduksi hipotesis
Ø Pengujian kebenaran
o
Bahasa penulisan ilmiah
biasanya memilih kata, istilah , ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat
denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna
lain.
o
Dengan demikian
karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat.
o
Jenis-jenis penulisan
ilmiah:
Ø Esei ilmiah
Ø Kertas Kerja
Ø Laporan kajian
Ø Tesis
Ø Disertasi